Wednesday, June 16, 2010

Duri / Sengat Pari.


Bisa ni... Koleksi Pak De. Crocodile hunter pun boleh padam kena bisa dia...
email : joelabu1234@yahoo.com

Koleksi Siling Lama



Koleksi Pak De. Berminat call je dia...
email : joelabu1234@yahoo.com

Kayu unik....


Kayu unik ni semasa kami sedang melihat lihat koleksi Pak De terperasan kami kayu ni. Katanya diguna untuk tujuan perubatan.
email : joelabu1234@yahoo.com

Kepah jadi Batu.


Koleksi Pak De. Barang cantik dan unik. Berminat sila call beliau.
email : joelabu1234@yahoo.com

Kain Kelambu Kaabah.


Koleksi Pak De. Lihat betul betul pada kain tu, seakan akan ada wafak... Klalau pada gambar mungkin tak berapa clear.
email : joelabu1234@yahoo.com

Koleksi Minyak Buluh Perindu Pak De.


Kalau minat call je Pak De.
email : joelabu1234@yahoo.com

Batu Unik....


Kalau dilihat dari segi bentuknya, ianya macam tanduk badak sumbu yang menjadi batu. Batunya memang unik dan asli. Koleksi Pak De.

Geliga Sarang Semut.


Diperolehi sendiri oleh Pak De. Lihatlah telur telur semut yang telah menjadi batu. Memang cantik dan unik geliga ni. Dan susah nak dapat yang macam ni. Selalunya sebiji je.... Kalau minat sila call Pak De.
email : joelabu1234@yahoo.com

Koleksi Pak De.




Pak De ni, Koleksi beliau memang banyak sungguh. Dari batu geliga, teras kayu dan juga batu bukit/gunung. Kebanyakannya diperolehi beliau semasa dalam pertapaan. Berminat??? call saja beliau.
email : joelabu1234@yahoo.com

Paruh Burung Melilin Mati Meragan.


Rangka kepala dan paruh burung melilin mati meragan ini juga kepunyaan Pak De yang sering diguna beliau dalam perubatan. Kalau minat call je dia...

Koleksi Batu Bukit


Koleksi Pak De. Batu Bukit Katanya. Diperolehi secara mistik semasa beliau di dalam pertapaan.
email : joelabu1234@yahoo.com

Batu Bersurat


Koleksi Pak De. Memang unik batu ni. Lihatlah wafak pada batu tu. Bukan senang nak dapat macam ni. Bila digoncang ada pulak lagi satu batu kat dalamnya. Ada isi laa... Kalau berminat telefon je Pak De. Inayaallah ori.
email : joelabu1234@yahoo.com

Sunday, June 13, 2010

Koleksi Pak De...Sebahagian.




Ini adalah sebahagian koleksi Pak De yang mana beliau menggunakannya untuk tujuan perubatan. Koleksi kayu kayunya adalah kebanyakan dari jenis penawar untuk berbagai penyakit sepertimana diamalkan oleh orang dulu dulu. Memang banyak jenisnya. Tak sempat nak tanya semua disebabkan pertemuan kami yang agak singkat (2 jam aje). Kalau nak tanya perabis 2 hari pun tak habis...hehehe. Ada 3 beg koleksinya... Teras kayu beliau adalah dari yang terpilih dan terbukti khasiatnya, insyaallah. Memang digunakan beliau sendiri untuk pengubatan.
Kami juga ada terperasan beliau ada memiliki teras pembisa lalu kami bertanya tentang bujang kalak yang dikatakan sangat bisa. Tapi menurut pendapat dan pengalaman beliau, yang paling berbisa dan paling baik ialah teras gemunggal. Tapi bukan semua teras gemunggal katanya, cuma yang mempunyai nilai mistik yang tinggi saja. Bukan senang nak dapat katanya. Kalau dapat pun tak banyak. Lain orang lain pendapatnya. Wallahu...
Di gambar kedua penjuru atas kanan, ada sebilah keris kecil tembaga 7 luk yang betul betul ori. Bukan replika ygselalu kita jumpa. Orang dulu dulu punya barang ni. Auranya....huhhh..... power. Alhamdulillah, Pak De telah menghadiahkannya kepada kami sebagai tanda persahabatan dan kini ada dalam simpanan peribadi saya. Yang tu bukan untuk dimahar...hehehe. Terima kasih Pak De.
email : joelabu1234@yahoo.com

Koleksi Cincin Cincin lama...



Dikatakan dari batu bukit. Tapi bila kami melihatnya rasa macam geliga pun ada. Wallahu. Barang cantik dan jarang dapat jenis yg macam ni...
email : joelabu1234@yahoo.com

Geliga Kelapa



Daripada koleksi Pak De. Saiznya kecil. Lebih kurang separuh saiz siling 5 sen dan inilah first time kami melihat geliga kelapa yang sekecil ini. Tapi auranya... lain macam yeop. Jika anda berminat sila hubungi kami atau Pak De sendiri.
email : joelabu1234@yahoo.com

Batu Litar / Petir


Koleksi Pak De. Batu petir air dan api. Nampak macam mata beliung pun ada. Bentuknya adalah asli, memang macam tu masa beliau dapatnya. Bukan dicanai. Macam mata beliung pun ada. Bila diketuk seolah olah ianya logam. Lain macam berdesingnya. Tapi kalau letak dekat magnet ianya tak melekat. Insyaallah asli.
email : joelabu1234@yahoo.com

Tuesday, June 8, 2010

Kain Cindai.



Banyak khasiatnya. Dengan izin Allah.
email : joelabu1234@yahoo.com

Geliga Air Bunian.


Geliga air bunian yang diperolehi secara mistik. Datangnya pun memang sepasang. Bersifat lembut macam geliga embun, tetapi ianya geliga air. Barang baik dan cantik...

email : joelabu1234@yahoo.com

Sejadah Bunian


Antara barang mistik yang dicari cari oleh kolektor. Lihat saja di sebelahnya ada cap mohor di empat penjuru dan imej oerang tengah tahitay ditengahnya. Diperolehi secara mistik.


email : joelabu1234@yahoo.com

Wednesday, June 2, 2010

Cincin taring harimau (TELAH DITEBUS)


Ini adalah koleksi peribadi salah seorang pengasas blog ini yang mana telah disimpan beliau lebih 10tahun. Auranya ... hmmm.... memang lain macam. Dikatakan harimau ini dulu pernah membaham manusia. Wallahu... Jika ada kolektor yang boleh scan gambar memang kami galakkan anda berbuat begitu untuk mengetahui sama ada apa yang kami katakan benar atau tidak. TELAH DITEBUS

email : joelabu1234@yahoo.com

Teras Kayu Fosil


Teras kayu yg telah menjadi fosil. Kepunyaan peribadi salah seorang pengasas blog ini. Diperolehi beliau dari seorang sahabat yang juga pengamal perubatan tradisional dari kelantan. Berusia lebih 500 tahun dan mempunyai aura yang tinggi. Bisa nya pula memang susah nak cerita. Antara kayu paling berbisa yang pernah beliau perolehi. Sahabat yang memberikan pada beliau pula tidak mahu menceritakan ianya dari jenis kayu apa. Adalah sebab musabab nya tu... hehe.... Banyak khasiatnya. Wallahu...
email : joelabu1234@yahoo.com

Mani Gajah Jadi Batu


Kepada kolektor kolektor semua, ini bukanlah dari jenis batu yang dinamakan Batu Mani Gajah, tetapi adalah titisan mani gajah asli yang menjadi batu. Tapi terus terang kami katakan ianya bukanlah sekeras batu, ianya keras. Memang susah didapati dan saiznya tak lah besar. Kalau ada yang boleh dapat besar tu, tak tahu nak kata lah... Tapi yang boleh kami perolehi adalah saiz yang kecil sebegini. Bagi yang mengetahui, ianya memang mempunyai bermacam macam khasiat.Wallahu...
Lagi satu sifatnya ialah bila direndam dalam air, ia akan menjadi lembut dan membesar. Memang jadi besar. Tapi bila kita keringkan balik, ia menjadi seperti sebelumnya. Bila basah, ianya melekit.

email : joelabu1234@yahoo.com

Sunday, May 23, 2010

Batu Besi Leleh Gunung Jerai





Batu Besi Leleh dari Gunung Jerai. Diperolehi dari seorang sahabat yang sering kesana mengamal ilmu kebatinan. Mistik juga cara dapatnya. Melekat kuat dengan magnet. Anda saksikanlah sendiri keindahannya. Insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms.

email : joelabu1234@yahoo.com

Tuesday, May 18, 2010

Bulu Cenderawasih & Buluh Perindu


Baru kami perolehi. Buluh perindu adalah dari puncak gunung ledang dan mempunyai aura dan khasiat tinggi. Lihatlah sendiri daunnya. Sudah sekian lama simpan pun masih hijau lagi. Semuanya kuasa Allah. Bulu cenderawasih pula baru kami perolehi juga. Sebenarnya kami memperolehi seekor burung, bukan dari papua tetapi dari alam sebelah. Memang cantik dan auranya pula memang power... Kami juga yakin bahawa para pengunjung blog ini memang telah sedia maklum tentang khasiat buluh perindu dan cenderawasih dengan izin Allah. Jika digabungkan dengan cara yang betul, hmmmm.... lu pikir la sendiri. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menunjukkan gambar burung tersebut diatas sebab sebab yang tertentu. Tetapi jika anda betul betul berminat sila call / sms dan melihat sendiri. Nak cerita lebih lebih pun tak guna. Datang dan tengok lah sendiri. Tetapi hanya untuk yang serious sahaja. Mahar untuk seekor burung ialah RM35,000.00 dan hanya ada satu sahaja pada kami.

email : joelabu1234@yahoo.comu

Monday, May 17, 2010

Berakhirnya satu pencarian Part 2....



Alhamdulillah, bau baru ini saya telah memperolehi salah satu barang yang dicari dan diminati saya. Ianya tanduk kerbau landau yang mempunyai khasiat khasiat yang diingini. Memang payah nak mendapatnya. Kalau yang biasa biasa memang ada... Tapi sayang terlupa nak ambil gambar masa belum dicanai. Dah tak sabor sabor latu. Tapi balance nya masih ada dalam simpanan seorang guru yang meminta dari saya (bhg yang kecil tu). Warna permata nya lain sebab ianya telah dipolish. Memang merelit...hehe. Koleksi peribadi. Alhamdulillah dapat juga sepasang kulit dan tanduk kerbau landau asli
email : joelabu1234@yahoo.com

Friday, April 30, 2010

Penantian Yang Agak Lama

Telah agak lama juga kami menyepi sikit, bukan apa agak sibuk dengan urusan harian masing masing. Kami juga ada memperolehi beberapa barang mistik semasa kesenyapan kami itu tapi masih belum dapat post kan dalam blog ini. Insyaallah jika ada kelapangan kami akan post kan dalam blog ini. Kami juga di dalam proses untuk mendapatkan lagi barangan. Nak bertapa la ni yeop.... hehehe. Kat gua mana belum tau lagi. Harap bersabar. Susah juga sebenarnya mencari barangan yang berkualiti ni... kalau yang biasa biasa tu, memang boleh dapat. Insyaallah kalau ada rezeki dan panjang umur, kami akan siarkan.

email : joelabu1234@yahoo.com

Sunday, April 18, 2010

Koleksi Koleksi Barangan Mistik....

Kami telah ditemukan dengan seorang sahabat yang berkebolehan mendapatkan barangan mistik. Jika anda seorang kolektor atau inginkan barangan tertentu sila hubungi kami dan nyatakan. Insyaallah kami akan cuba mendapatkannya untuk anda. Tapi bukan gerenti dapat..... Semua kuasa Allah, kalau Dia nak beri, adalah. Kalau tak, tak ada lah.

Setakat ini kami telahpun mendapatkan beberapa barang mistik untuk kolektor seperti sejadah bunian, buluh perindu, geliga embun, cindai dan banyak lagi. Kami juga ingin memaklumkan bahawa barangan ni diperolehi dari puncak Gunung Ledang, betul betul di puncak. Bukan di kaki gunung ataupun pertengahan. Bagi yang tahu anda akan faham maksudnya.

Jika anda mencari sesuatu barang tu dan masih belum dapat, insyaallah kami akan cuba mendapatkannya untuk anda,

email : joelabu1234@yahoo.com

Sunday, April 4, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Geliga Lipan.(telah ditebus)


telah ditebus

Cincin Delima (Barang Lama)




Cincin Batu Delima. Jika berminat sila call / sms.Delima Antik. Delima daging rasanya. Kepunyaan sahabat. Diperolehi secara mistik sedia berikat olehnya.

Thursday, March 11, 2010

Delima Berurat Grade A.




Sebelum ni saya ada post batu ni tetapi masa tu belum terbuka hati lagi nak dimahar. Kalau dilihat betul betul, dalam nya berurat cantik. Kalau dibawah cahaya matahari...mmm memang cun melecun. Di tapaknya pula ada semacam alur seolah membahagikan batu ni ke dua bahagian. Batunya memang cantik dan unik. Jika berminat sila email dan nyatakan mahar yang anda mampu. Ada khasiat dan auranya dan asli..insyaallah.

email : joelabu1234@yahoo.com

Kayu Senduduk Putih Jadi Batu.DAH DITEBUS


Monday, March 8, 2010

Loket Mistik / Misteri.



Kepunyaan seorang sahabat untuk dimahar. Diperolehi sendiri cara mistik. Kalau dilihat batu nya pun dah lain macam je rupanya... hehe. Jika berminat sila call / sms.

Geliga Buluh



Geliga buluh kepunyaan sahabat untuk dimaharkan. Diperolehinya sendiri dengan cara mistik. Insyaallah asli. Jika berminat sila call / sms.

Tuesday, March 2, 2010

Geliga Ular


Kepunyaan seorang sahabat. Insyaallah asli. Tapi jenis ular tak diketahui. Jika berminat sila call / sms.

Batu Tapak Jalak



Kepunyaan Seorang sahabat untuk dimahar. Jika berminat Sila call/sms.