Friday, December 2, 2011

Kayu Makan Batu






Barang pelik. Asalnya seorang sepupu kepada pengasas blog ini memulakan perniagaan ternak ikan keli di melaka. Beliau menggali kolam atas tanah. Bukan yg guna plastic punya. Setelah lebih lima tahun buat bisness ni, biasa je la. Tiba tiba satu hari beliau nampak semua ikannya mengelilingi sesuatu di tengah kolam tu. Kira macam puting beliung la...hehe. Tapi tak la kuat macam tu. Ianya berlanjutan selama 7 hari dan beliau membiarkannya saja. Hari ke 8 dah tak sanggup nak tengok dah, lalu beliau masuk kedalam kolam tu nak tau apa benda yang buatkan ikannya buat aksi terlampau macam tu. Ditengah kolam, kira macam di pusat puting beliung tu la, beliau terpijak satu benda. Dan ini lah bendanya, Kayu Makan Batu. Memang unik. Selepas dikeluarkan tak ada lagi puting beliung ikan keli di kolam tu. Inilah first time kami melihat jenis kayu yang makan batu macam ni. Kayu jenis apa tak tahu. Tapi rupabentuknya memang ganjil. Tengoklah gambar yang di uploadkan ni, macam kepala anak naga pun ada, kepala kura kura pun ada, kira macam macam lah.... kuasa Allah semuanya. Batunya pula batu sungai. Dan disitu memang tak ada sungai pun. Memang pelik bin ajaib. batu dan kayu nye pun agak besar. Kalau ada yang nak buat batu cincin rasanya 30-40 biji boleh dapat. Memang kuat aura penariknya batu kayu ni. Khasiatnya??? Lu pikir pikir lah sendiri.... hehe. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Wednesday, November 30, 2011

Batu Serai Putih Kekuningan



Batu Serai Putih Jernih Kekuningan. Insyaallah asli diperolehi dari rumpun serai berbunga. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Sunday, November 27, 2011

Pedang Terbang...


Pedang purba, pedang sabil, pedang kalimah, pedang terbang terbang, pedang berdarah, pedang anak buaya, pedang hitam, pedang 13 mei, pedang kiyai.

Friday, November 25, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433.

Kepada semua pengunjung pengunjung blog ini, kami mengucapkan selamat menyambut maal Hijrah 1433. Mudah mudahan apa yang menanti kita semua ditahun depan lebih baik dari apa yang dikurniakan Nya pada kita semua tahun ini. Amin....

Geliga Lipan (DAH DITEBUS....)



Geliga lipan ini diperolehi oleh seorang sahabat semasa melakukan ritual di Gunung Jerai. Menurutnya lipan datang seolah olah menghantar geliga ni kepadanya. Nak dimaharkan. Insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Wednesday, November 23, 2011

Pedang Samurai Jepun Lama Asli.


Pedang samurai zaman dulu Jepun. Asli. Barang memang lain macam dan mantap. Memang datang dari Jepun. Barang lama dan bukan replika. Kepunyaan seorang otai. Insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Paku berkalimah.


Paku berkalimah ini kepunyaan seorang otai yang telah lama disimpan beliau. Diperolehi dari alam ghaib. Memang unik dan asli insyaallah. Jika berminat sila call / sms sdra Hata.

Wednesday, November 16, 2011

Koleksi Batu Serai


Koleksi batu serai asli yang kami perolehi sendiri dari pohon serai. Koleksi peribadi kami dan kini ingin dimaharkan semua sekali. Pakej la tuu.... Antaranya batu serai yang paling susah nak dapat iaitu 'batu serai hijau pohon serai' dan 'batu serai hijau pokok pisang' yang memang dicari cari oleh pengambil pengambil batu serai. Jika berminat sila call/sms sdra Hata. Insyaallah asli dan berkhasiat.

Koleksi Batu Petir.


Koleksi Batu Petir kepunyaan Pak De. Dah lama beliau menyimpan koleksi ini dan menurutnya sudah sampai masa untuk dilepaskan. Ada diantaranya diperolehi semasa pertapaan. Banyak khasiatnya. Insyaallah asli. Bentuk yang asli juga, macam mata kapak lama pun ada bentuknya. Jika anda berminat untuk memiliki batu pertir asli ini sila call Pak De terus. No tel ada di atas.

Geliga Ular


Geliga Ular kepunyaan Pak De. Jenis ular yang beliau perolehi tak pula dinyatakan. Tapi menurutnya agak susah masa nak mendapatkannya. Banyak juga rintangan. Insyaallah asli. Jika berminat sila call terus Pak De. No tell ada di atas.

Geliga Lipan Dan Embun



Geliga Lipan dari koleksi Pak De dan beliau ingin memaharkan kepada yang berminat. Diperolehi beliau semasa dalam pertapaan di sebuah gua yang dirahsiakan lokasinya. Insyaallah asli dan mantap. Yang putih tu gelige Embun. Maaf gambar tak berapa clear. Jika berminat sila call terus Pak De. No tel nya ada di atas blog ini.

Saturday, November 12, 2011

Batu Bukit yg Mempunyai Batu Meleleh di dalamnya


Khas untuk kolektor kolektor batu akik yang unik unik. Ini adalah batu bukit yang mempunyai besi meleleh didalamnya. Memang unik dan susah nak dapat yang macam ni. Kalau ada pun memang susah owner dia nak lepaskan. Alhamdulillah kami telah berjaya memujuk seorang otai setelah sekian lama dan kini beliau bersetuju untuk memaharkan kepada yang betul betul berminat. Digunakannya sebagai pakaian diri dah berpuluh tahun. Barang memang mantap. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Kain Pertapaan Selendang Puteri Bunian.




Kain Pertapaan ini adalah dari seorang puteri bunian yang digunakannya semasa pertapaannya. Ianya bukan kain cindai tetapi selendang pertapaannya. Selalunya barang barang yang diguna semasa bertapa ni lain macam sikit. Barang mantap dan banyak khasiatnya. Diperolehi dari seorang guru tua di utara semenanjung. Susah nak dapat ni... Tengok barang dulu baru cerita. Memang mantap dan insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Monday, October 31, 2011

Batu Cat Eye dari alam ghaib




Diperolehi dari alam ghaib oleh seorang guru. Barang cantik. Lain dari yang biasa punya auranya... Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Wednesday, October 26, 2011

Keris berkalimah bermata dua.



Jarang ditemui keris kecil berkalimah yang bermata dua yang betul betul ori. Kalau yang buatan memang ada. Pakaian orang dulu dulu. Banyak khasiatnya. Kepunyaan seorang guru dan ingin dimaharkan. Insyaallah asli. Jika berminat sila call sdra Hata.

Batu Kecubung Dari Alam Ghaib (DAH DITEBUS OLEH SEORANG SAHABAT)




Batu kecubung kepunyaan seorang guru. Diperolehinya dari alam ghaib. Berwarna ungu. Diikat dengan perak tempah, tebal bukan perak nipis punya. Jika dilihat dari segi fizikal batunya memang cantik, dengan urat urat didalamnya. Dari segi fadilatnya pula... hehe. Tak payah cerita la. Memang 1001 macam insyaallah. Insyaallah asli. Jika berminat sila call sdra Hata.

Tuesday, October 25, 2011

Geliga Semut Hitam.



Bukan senang nak dapat geliga semut hitam ni..... Tak macam geliga lain. Kepunyaan seorang otai dalam bidang geliga geliga ni. Diperolehi semasa beliau masuk kehutan mencari akar akar kayu untuk dibuat ubat lebih kurang 20 tahun lalu katanya. Insyaallah asli. Jika berminat sila call sdra Hata.

Buluh Bertemu Ruas


Buluh bertemu ruas yang memang 100% ori. Kepunyaan seorang guru tua yang memperolehinya dari seorang tok batin. Memang mantap barang ni. Kategori kelas AAA, bukan yang biasa biasa punya. Kalau yang biasa takkan lah guru tersebut jadikan pakaian peribadinya..... Jenuh juga kami nak membodek beliau, dah lama dah cuba tapi alhamdulillah kini dah terbuka hatinya untuk melepaskan buluh ni. Kami tidak akan melayan broker broker dan hanya pembeli pembeli yang serius sahaja. Kalau tak tebus memang rugi. Bukan senang nak dapat yang asli dan juga grade AAA. Jika berminat sila call sdra Hata.

Thursday, October 20, 2011

Besi Kursani



Kepunyaan sahabat. Insyaallah asli nak nak dimahar beliau. Satu dah siap dibentuk dan yang satu lagi kena canai sendiri la. Nak dimahar kedua dua sekali. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Keris Pokok Serai (DAH DITEBUS SAHABAT DARI KELANTAN)



Diperolehi seorang sahabat dari pokok serai yang sedang berbunga. Ada otai yang ambilkan untuk dia. Memang menarik dan cantik. Tapi bini kat rumah dia suruh lepaskan sebab takut. Kadang kadang keris ni time malam bergoyang dalam sarungnya. Tu yg bini dia takut tu. Nak dimahar kepada yang berminat. Barang memang power ranger. Tengok gambar pun dah tahu. Maharnya RM6500. Insyaallah asli. Sila call/sms sdra Hata.

Keris Wayang Kulit


Sebahagian koleksi peribadi seorang guru di kelantan dan hendak dimaharkan. Bukan senang nak dapat keris wayang kulit ni. Sepasang pulak tu. Maaf sebab gambarnya tak berapa clear. Kalau anda lihat posting untuk keris berayat dibawah, anda boleh nampak hulu keris wayang kulit ni betul betul dibawah keris berayat. Barang memang cantik. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Wednesday, October 19, 2011

Keris ber ayat.


Keris wayang kulit kepunyaan seorang guru. Bentuk hulunya macam kepala itik pun ada. Yang pastinya ianya barang lama. Insyaallah asli. Memang unik dan berkhasiat. Yang dikiri dan kanan. Yang tengah tu keris lain. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Koleksi Pedang.


Koleksi pedang kepunyaan seorang guru dari kelantan. Yang diatas adalah pedang berkalimah . Yang dibawah pula adalah pedang keris6. Ianya dibuat dari 6 bilah keris lama yang ditempa menjadi sebilah pedang. Bukan senang nak buat kedua dua pedang ni. Macamm macam dugaan katanya. Maklumlah... Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Monday, October 17, 2011

Batu Serai Hijau


Selalunya kalau ada pokok serai yang berbunga ada yang mengupah orang untuk mengambil batunya. Dan juga selalunya juga batu serai yang berwarna hijau ni memang tuan pokok takkan dapat. Kenapa? Sebab yang mengambilnya tu akan menyimpan untuk dirinya sendiri. Ada sebab sebab dan khasiatnya yang tersendiri dan susah nak dapat. Memang jarang terlepas ke tangan owner. Selalu dalam serumpun tu, ada satu je. Kadang kadang tak de. Ianya tak banyak macam batu serai yang lain lain. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Keris Picit Yasin 7


Barang lama. Mempunyai kalimah yasin7 pada bilahnya. Mempunyai khasiat yang tersendiri. Barang hasil permohonan dan insyaallah asli. Kali pertama kami dapat keris yasin7 ni. Memang unik. Jika berminat sila call/sms sdra Hata

Keris Arab.


Keris Arab yang unik bentuknya. Barang hasil permohonan dari alam sebelah. Insyaallah asli dan barang lama dan antik dan berkhasiat. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Batu Serai Biru.


Batu serai biru menawan. Agak susah nak memperolehi yang jenis macam ni. Auranya boleh tahan tak macam batu batu serai yang biasa. Jika berminat call/sms sdra Hata

Duit Yasin 7 Ori



Duit yang dicari cari oleh penggemar barang antik. Insyaallah asli. Kalau yang tak ori tu memang berlambak. Made in thailand bak kata orang banjar...hehe.Yang ori memang susah sangat nak dapat. Koleksi seorang sahabat. Kalau diketuk memang berdesing bunyinya. Bukan besi biasa atau tembaga. Warnanya memang kekuningan. Auranya..... boleh tahan. Memang tinggi nilainya dan pernah di offer sejumlah yang agak tinggi tapi beliau masih belum ingin untuk memaharnya.

Saturday, October 8, 2011

Kayu Bahtera Nabi Nuh


Kayu sejenis dengan bahtera nabi nuh. Diperolehi dari alam sebelah dan insyaallah asli. Mempunyai berbagai khasiat. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Tuesday, October 4, 2011

Mustika Mani Gajah



Kepunyaan sahabat. Barang memang ori dan berkhasiat. Ini bukanlah kristal mani gajah tetapi mustika nya. Memang dah sangat tua barang ni dan tinggi khasiatnya. Asalnya beliau mempunyai seketul yang agak besar tetapi telah dipotong menjadi yg kecil kecil sebesar duit 5 sen. Kesemuanya ada 4 biji dan 2 telahpun ditebus. Harganya pun boleh tahan. Harganya bukan kami yang letak tetapi owner. Kami tolong maharkan saja. Sebutir maharnya RM6,000.00. Kalau ada sesiapa yang nak tebus eloklah bawa org yang arif tentangnya. Baru lah puas hati. Kalau nak kira harga sebenarnya beberapa gram sahaja mencecah ratusan ribu. Ini kira harga murah pada pendapat kami. Kalau anda betul betul serius email kami.

Monday, October 3, 2011

Koleksi Senjata Lama Kepunyaan Guru Tua.



Koleksi senjata lama kepunyaan seorang guru. Memang lain macam senjata senjata ni. Ada yang dari alami ini dan ada juga yang dari alam sebelah. Bila kami berkunjung kerumah beliau memang terkejut beruk tengok koleksi koleksi nya. Macam pergi muzium. Kat muzium pun tak ada banyak koleksi koleksi macam yang beliau ada. Sekarang ni dalam proses untuk membodek agar beliau dapat melepaskan sebahagiannya pada kami. Hehehehe... Mantap mantap semuanya barang beliau. Gambar diatas adalah koleksi dari panglima panglima di alam sebelah manakala yang dibawah dari alam kita. Meremang bulu roma bila tengok koleksinya....

Buntat Delima Buah (DAH DITEBUS SAHABAT DARI SABAH)



Buntat delima buah ini kepunyaan seorang makcik yang menjumpainya sendiri dalam buah delima 2 nilai tahun lalu. Kerana kesempitan wang beliau ingin memaharkannya. Asalnya semasa beliau menjumpainya semuanya berwarna putih, tetapi sejak kebelakangan ini warnanya mula bertukar menjadi sedikit kemerahan. Batu delima yang didalam keadaan ini memang elok disimpan kerana mengikut petua orang tua jka ianya menjadi merah di tangan kita menunjukkan keserasian ownernya. Jika ada yang berminat, inilah masanya untuk anda. Simpan je dulu baik baik. Mudah mudahan menjadi merah. Maharnya pun jika dibanding dengan kualiti batunya sangat lah berpatutan. Insyaallah asli dan mantap. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.