Friday, November 6, 2009

Batu Petir (2)




Perhatikan dalam salah satu gambar ini ada ternampak huruf "lam alif" diatas batu tersebut. Juga sebenarnya ada kalimah "lam lam ha" yang lain tetapi kena tengok dengan kanta baru nampak sebab kecil sangat. Ianya seolah diukir ke batu tersebut. Itu lah yang uniknya batu / serpihan batu petir ni. Ini koleksi saya sendiri. Dah lama jugak dah simpan....

Batu petir berkalimah (1).


Batu petir / serpihan ini saya dapati dari seorang sahabat di Seremban dimana petir telahpun menyambar sebatang pokok besar didepan rumahnya. Yang istimewanya batu ini ada kalimah "lam lam ha" di bahagian sebelah kiri, dekat2 dengan hujungnya. Kalau dengan mata kasar lebih jelas sebab kita kena menggerakkan sedikit supaya dapat sudut yang baik. Huruf huruf tersebut adalah timbul dan bukan terukir.

Thursday, November 5, 2009

Tongkat Buluh Kuning.







Koleksi peribadi. Pemberian seorang sahabat yg juga seorang guru silat. Buluh kuning ini memang terasa bisanya. Kalau kena ketuk, paham pahamlah.... hehehe. Cuba lihat pada pangkal tongkat ini, lenggok ruas ruasnya seolah olah khas untuk genggaman tangan kita. Memang sedap kalau dipegang. Dikatakan berusia ratusan tahun dan diguna oleh moyang sahabat tersebut ketika masuk kehutan ataupun berjalan jalan. Wallahu..

Wednesday, November 4, 2009

Akik Special (wau, alif).




Ini adalah koleksi peribadi saya sendiri. Asalnya dibeli lebih kurang 10tahun lalu dari penjual batu akik kerana tertarik dengan warnanya. Setelah disimpan 2 tahun, tiba tiba muncul huruf "wau" diatasnya. Tak lama kemudian muncul pula "alif". Cuba perhatikan baik baik dihujung akar dalam batu tersebut. Dengan mata kasar memang jelas, tapi dlm gambar kureng sikit. Terkejut juga lah masa mula mula dulu. Tu yang buat sayang tu... sebab huruf huruf tu keluar masa dalam simpanan saya sendiri. Kira sentimental value la.... Baru baru ini saya mendapat alamat bahawa sebenarnya ada lebih dari enam huruf dalamnya. Cuma yang nampak dengan mata kasar dua. Saya pulak tak pandai bab bab scan ni..hehehe. Nak ikutkan bukan pandai pun. Tapi minat.

Sayang nak jual, tapi kalau ada tawaran yang baik, akan saya pertimbangkan.
email : joelabu1234@yahoo.com

Duit Ape Ni ???




Ini kepunyaan datuk kepada seorang sahabat. Tak tahu lah duit apa atau dari zaman mana. Kolektor siling lama mungkin lah tahu kot.... Beliau mempunyai banyak koleksi barang mistik yang diperolehinya dari seorang tua yang datang kerumahnya lebih 10tahun lalu. Dia pun tak kenal orang tu, tapi bermacam macam barang diberi kepadanya. Rezeki dia lah tu. Tapi menurutnya sekarang dah tak datang dah. Cuba lihat surat yg diberi sekali tu, (siapa yang boleh terjemahkan, sila lah, saya pun nak juga tahu apa maknanya) siap ada cop mohor lagi... kerajaan mana la tu ??? Barangnya ampuh. Bukan untuk dimahar, sekadar menjamu mata. Dia tak mau jual...

Geliga Siput ?





Terpinga pinga kami dibuatnya bila melihat koleksi siput kepunyaan datuk kepada seorang sahabat ini. Nak kata geliga, buntat..... tak taulah. Sama sama lah kita jamu mata. Tuan punya tidak mahu memahar siput ini. Kalau dia mahu pun, rasanya saya sendiri yang nak.... hehehe.... Memang luarbiasa. Itulah kekuasaan Allah.