Friday, July 29, 2011

Alquran Kecil Lama.




Alquran kecilsebesar duit 20sen dan 2x 50sen. Lengkap 30 juzuk dan ada baris. Milik pusaka keturunan seorang guru tua. Asalnya diperolehi dari alam bunian. Bermacam khasiatnys. Maharnya RM3500. Kalau betul betul berminat boleh dirundingkan insyaallah. Insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Delima Asli (Koleksi Peribadi)





Diperolehi dalam bulan puasa lepas... Barang memang cantik. Barang Datang sendiri. Tak mintak pun... Sepasang. Yang satu besar sikit dari yang lagi satu. Ini adalah koleksi peribadi. Bukan untuk dijual. Dah ramai yang bertanya nak menebus, tapi sori bebanyak. Nak pakai buat perhiasan diri...hehehe. Untuk jamu mata sahaja.

Koleksi Peribadi Untuk Dimaharkan. (Barang Baik Punya)

DAH DITEBUS SAHABAT DARI JOHOR.. TKASIH
Sepasang batu delima buah untuk dimaharkan. Ini adalah koleksi peribadi kami yang agak lama disimpan dan diperam. Memang asalnya tak mahu dimaharkan tetapi ini special offer sempena menyambut ramadhan. Batunya sepasang, BUKAN SEBIJI. . Diperolehi oleh kami sendiri. Insyaalah asli. Hendak dilepaskan dengan mahar yang sangat sangat sangat sangat berpatutan RM600.00 untuk keduanya sekali. Maaf, tak dijual berasingan. Dah datang sepasang tu, elok lah biar sepasang jugak. Setiap satu mempunyai khasiat tersendiri. Gambar tak dapat disiarkan atas sebab sebab tertentu. Insyaallah asli.

Koleksi Peribadi Untuk Dimaharkan. (Barang Baik Punya)

DAH DITEBUS SAHABAT DARI JOHOR. TKASIH



Telur ikan yang mengeras seperti batu atau GELIGA IKAN. Namun bila kita merendamnya dalam air lama lama, ianya akan menjadi lembut.Bila dikeringkan ia akan mengeras semula. Bagi peminat geliga ikan, jenis yg macam ni adalah antara yg paling susah diperolehi. Insyallah asli. Ini adalah koleksi peribadi kami. Hendak dimaharkan sempena menyambut ramadhan dan koleksi koleksi baru. Mahar pun dah kira special ni. RM450 aje. Dah murah dah tu. mana nak dapat geliga ikan mahar macam ni...

Koleksi Peribadi Untuk Dimaharkan. (Barang Baik Punya)

DAH DITEBUS SAHABAT DARI JOHOR. TKASIH




Kulit dan tanduk kerbau landau. Insyaallah asli. Dah lama juga lah kami menyimpan barang barang ni dan agak berat untuk dilepaskan. Sekarang ni hendak dilepaskan untuk sempena menyambut ramadhan dan memberi laluan pada koleksi koleksi baru pulak... hehe. Tanduk tu diikat dengan cincin perak tempah. Bukan yg instant punya tu. Perak tebal. Cincinnya sahaja. yg serpihan kecil disebelahnya tu dah ditebus sahabat. Hendak dimahar dengan harga RM500.00. Siapa cepat dia dapat.

Monday, July 11, 2011

Geliga Anai anai



Barang susah nak dapat Macam macam khasiatnya...insyaallah. Asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.