Monday, October 31, 2011

Batu Cat Eye dari alam ghaib




Diperolehi dari alam ghaib oleh seorang guru. Barang cantik. Lain dari yang biasa punya auranya... Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Wednesday, October 26, 2011

Keris berkalimah bermata dua.



Jarang ditemui keris kecil berkalimah yang bermata dua yang betul betul ori. Kalau yang buatan memang ada. Pakaian orang dulu dulu. Banyak khasiatnya. Kepunyaan seorang guru dan ingin dimaharkan. Insyaallah asli. Jika berminat sila call sdra Hata.

Batu Kecubung Dari Alam Ghaib (DAH DITEBUS OLEH SEORANG SAHABAT)




Batu kecubung kepunyaan seorang guru. Diperolehinya dari alam ghaib. Berwarna ungu. Diikat dengan perak tempah, tebal bukan perak nipis punya. Jika dilihat dari segi fizikal batunya memang cantik, dengan urat urat didalamnya. Dari segi fadilatnya pula... hehe. Tak payah cerita la. Memang 1001 macam insyaallah. Insyaallah asli. Jika berminat sila call sdra Hata.

Tuesday, October 25, 2011

Geliga Semut Hitam.



Bukan senang nak dapat geliga semut hitam ni..... Tak macam geliga lain. Kepunyaan seorang otai dalam bidang geliga geliga ni. Diperolehi semasa beliau masuk kehutan mencari akar akar kayu untuk dibuat ubat lebih kurang 20 tahun lalu katanya. Insyaallah asli. Jika berminat sila call sdra Hata.

Buluh Bertemu Ruas


Buluh bertemu ruas yang memang 100% ori. Kepunyaan seorang guru tua yang memperolehinya dari seorang tok batin. Memang mantap barang ni. Kategori kelas AAA, bukan yang biasa biasa punya. Kalau yang biasa takkan lah guru tersebut jadikan pakaian peribadinya..... Jenuh juga kami nak membodek beliau, dah lama dah cuba tapi alhamdulillah kini dah terbuka hatinya untuk melepaskan buluh ni. Kami tidak akan melayan broker broker dan hanya pembeli pembeli yang serius sahaja. Kalau tak tebus memang rugi. Bukan senang nak dapat yang asli dan juga grade AAA. Jika berminat sila call sdra Hata.

Thursday, October 20, 2011

Besi Kursani



Kepunyaan sahabat. Insyaallah asli nak nak dimahar beliau. Satu dah siap dibentuk dan yang satu lagi kena canai sendiri la. Nak dimahar kedua dua sekali. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Keris Pokok Serai (DAH DITEBUS SAHABAT DARI KELANTAN)



Diperolehi seorang sahabat dari pokok serai yang sedang berbunga. Ada otai yang ambilkan untuk dia. Memang menarik dan cantik. Tapi bini kat rumah dia suruh lepaskan sebab takut. Kadang kadang keris ni time malam bergoyang dalam sarungnya. Tu yg bini dia takut tu. Nak dimahar kepada yang berminat. Barang memang power ranger. Tengok gambar pun dah tahu. Maharnya RM6500. Insyaallah asli. Sila call/sms sdra Hata.

Keris Wayang Kulit


Sebahagian koleksi peribadi seorang guru di kelantan dan hendak dimaharkan. Bukan senang nak dapat keris wayang kulit ni. Sepasang pulak tu. Maaf sebab gambarnya tak berapa clear. Kalau anda lihat posting untuk keris berayat dibawah, anda boleh nampak hulu keris wayang kulit ni betul betul dibawah keris berayat. Barang memang cantik. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Wednesday, October 19, 2011

Keris ber ayat.


Keris wayang kulit kepunyaan seorang guru. Bentuk hulunya macam kepala itik pun ada. Yang pastinya ianya barang lama. Insyaallah asli. Memang unik dan berkhasiat. Yang dikiri dan kanan. Yang tengah tu keris lain. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Koleksi Pedang.


Koleksi pedang kepunyaan seorang guru dari kelantan. Yang diatas adalah pedang berkalimah . Yang dibawah pula adalah pedang keris6. Ianya dibuat dari 6 bilah keris lama yang ditempa menjadi sebilah pedang. Bukan senang nak buat kedua dua pedang ni. Macamm macam dugaan katanya. Maklumlah... Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Monday, October 17, 2011

Batu Serai Hijau


Selalunya kalau ada pokok serai yang berbunga ada yang mengupah orang untuk mengambil batunya. Dan juga selalunya juga batu serai yang berwarna hijau ni memang tuan pokok takkan dapat. Kenapa? Sebab yang mengambilnya tu akan menyimpan untuk dirinya sendiri. Ada sebab sebab dan khasiatnya yang tersendiri dan susah nak dapat. Memang jarang terlepas ke tangan owner. Selalu dalam serumpun tu, ada satu je. Kadang kadang tak de. Ianya tak banyak macam batu serai yang lain lain. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Keris Picit Yasin 7


Barang lama. Mempunyai kalimah yasin7 pada bilahnya. Mempunyai khasiat yang tersendiri. Barang hasil permohonan dan insyaallah asli. Kali pertama kami dapat keris yasin7 ni. Memang unik. Jika berminat sila call/sms sdra Hata

Keris Arab.


Keris Arab yang unik bentuknya. Barang hasil permohonan dari alam sebelah. Insyaallah asli dan barang lama dan antik dan berkhasiat. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Batu Serai Biru.


Batu serai biru menawan. Agak susah nak memperolehi yang jenis macam ni. Auranya boleh tahan tak macam batu batu serai yang biasa. Jika berminat call/sms sdra Hata

Duit Yasin 7 Ori



Duit yang dicari cari oleh penggemar barang antik. Insyaallah asli. Kalau yang tak ori tu memang berlambak. Made in thailand bak kata orang banjar...hehe.Yang ori memang susah sangat nak dapat. Koleksi seorang sahabat. Kalau diketuk memang berdesing bunyinya. Bukan besi biasa atau tembaga. Warnanya memang kekuningan. Auranya..... boleh tahan. Memang tinggi nilainya dan pernah di offer sejumlah yang agak tinggi tapi beliau masih belum ingin untuk memaharnya.

Saturday, October 8, 2011

Kayu Bahtera Nabi Nuh


Kayu sejenis dengan bahtera nabi nuh. Diperolehi dari alam sebelah dan insyaallah asli. Mempunyai berbagai khasiat. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Tuesday, October 4, 2011

Mustika Mani Gajah



Kepunyaan sahabat. Barang memang ori dan berkhasiat. Ini bukanlah kristal mani gajah tetapi mustika nya. Memang dah sangat tua barang ni dan tinggi khasiatnya. Asalnya beliau mempunyai seketul yang agak besar tetapi telah dipotong menjadi yg kecil kecil sebesar duit 5 sen. Kesemuanya ada 4 biji dan 2 telahpun ditebus. Harganya pun boleh tahan. Harganya bukan kami yang letak tetapi owner. Kami tolong maharkan saja. Sebutir maharnya RM6,000.00. Kalau ada sesiapa yang nak tebus eloklah bawa org yang arif tentangnya. Baru lah puas hati. Kalau nak kira harga sebenarnya beberapa gram sahaja mencecah ratusan ribu. Ini kira harga murah pada pendapat kami. Kalau anda betul betul serius email kami.

Monday, October 3, 2011

Koleksi Senjata Lama Kepunyaan Guru Tua.



Koleksi senjata lama kepunyaan seorang guru. Memang lain macam senjata senjata ni. Ada yang dari alami ini dan ada juga yang dari alam sebelah. Bila kami berkunjung kerumah beliau memang terkejut beruk tengok koleksi koleksi nya. Macam pergi muzium. Kat muzium pun tak ada banyak koleksi koleksi macam yang beliau ada. Sekarang ni dalam proses untuk membodek agar beliau dapat melepaskan sebahagiannya pada kami. Hehehehe... Mantap mantap semuanya barang beliau. Gambar diatas adalah koleksi dari panglima panglima di alam sebelah manakala yang dibawah dari alam kita. Meremang bulu roma bila tengok koleksinya....

Buntat Delima Buah (DAH DITEBUS SAHABAT DARI SABAH)



Buntat delima buah ini kepunyaan seorang makcik yang menjumpainya sendiri dalam buah delima 2 nilai tahun lalu. Kerana kesempitan wang beliau ingin memaharkannya. Asalnya semasa beliau menjumpainya semuanya berwarna putih, tetapi sejak kebelakangan ini warnanya mula bertukar menjadi sedikit kemerahan. Batu delima yang didalam keadaan ini memang elok disimpan kerana mengikut petua orang tua jka ianya menjadi merah di tangan kita menunjukkan keserasian ownernya. Jika ada yang berminat, inilah masanya untuk anda. Simpan je dulu baik baik. Mudah mudahan menjadi merah. Maharnya pun jika dibanding dengan kualiti batunya sangat lah berpatutan. Insyaallah asli dan mantap. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.