Friday, March 30, 2012

Batu Delima Merah Cindai Emas dan Sepasang Batu Delima Serai.



Kepunyaan seorang sahabat. Barang memang cantik. Lihatlah sendiri batu delima cindai emas tu, bila terkena cahaya memang mempersonakan laa.... Memang jarang jarang dapat batu delima yang cantik macam ni.



Batu delima serai sepasang ni pula baru saja beliau perolehi dari pohon serai. Sahabat ni memang mempunyai kebolehan untuk mendapatkan batu dari pohon serai. Batu delima yang macam ni pun memang rare. Jarang dapat batu delima dari pohon serai. Bergantung pada nasib dan rezeki kita. Dapat sepasang pulak tu. Insyaallah asli. Beliau ingin memaharkan ketiga tiga sekali denga nilai mahar RM1,500.00. Tak perlu lah kami mencerikan khasiat khasiat yang dikurniakan Allah kat batu delima ni. Untuk yang serius sahaja. Barang memang cantik. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Thursday, March 29, 2012

Keris Puteri Kayangan


Keris yang diperolehi oleh seorang sahabat dari kayangan. Kepunyaan seorang puteri kat sana. Insyaallah asli. Barang memang tinggi auranya dan berbagai khasiat. Insyaallah. Memang susah nak dapat keris ni. Dah banyak kali beliau mencuba mendapatkannya tapi gagal. Tapi kali ni memang rezeki beliau lah, dapat pulak. Jika anda berminat sila call/sms sdra Hata.

Monday, March 26, 2012

Berita Terkini - Penyembuhan Sakit Mata Dan Sakit Berkenaan Alam Mistik.

Untuk segala macam penyakit berkaitan Alam Mistik (Saka, Sihir, Gangguan Dan Lain lain) Insyaallah. Pengubatan jarak jauh juga ada disediakan. Juga ada disediakan pengubatan untuk sakit mata. Segala macam sakit mata boleh diikhtiarkan, kecuali buta. Kaedah memang terbukti, beberapa kes telah dapat diselesaikan beliau dengan izin Allah. Kaedah tidak menyalahi Islam. Sila hubungi Pak De direct dan ceritakanlah masaalah anda kepadanya. No tel ada di atas blog ini.

Monday, March 12, 2012

Bunga Serai.


Kepunyaan seorang otai yang aktif dalam bisang penarikan khazanah dari pokok serai berbunga. Insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Buluh Perindu Dari Alam Bunian.


Buluh perindu yang diperolehi oleh seorang otai dari alam bunian. Siap dalam frame lagi tu... Boleh tahan juga banyaknya. Insyaallah asli dan hendak dimahar. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Tuesday, March 6, 2012

Tasbih Teras Kayu Hikmah


Kepunyaan seorang guru tua dan diperolehi beliau dah lebih 10 tahun dulu katanya. Terdiri dari campuran teras teras kayu yang berkhasiat. Tasbih ini diperolehi beliau semasa mengunjungi alam bunian lebih kurang 10 tahun dulu. Insyaallah asli dan memang banyak khasiatnya, insyaalah. Memang barang barang yang sebegini ada khsiatnya, tapi perlu diingat semuanya dari Allah. Kita kena berpegang pada prinsip tu. Mereka ni pun makhluk dia juga.

Barang memang cantik.... Selalu diguna beliau untuk berzikir. Kini beliau hendak memaharkannya. Yang berwarna putih tu bukannya kayu, tapi telur ayam kampung jadi batu yang telah dibentuk jadi biji tasbih. Memang unik. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Monday, March 5, 2012

Geliga Nagasari


Geliga yang susah dan tak banyak diperolehi. Kepunyaan seoorang otai yang juga sahabat kami di negeri Kelantan. Barang diambil dari alam sebelah. Barang memang cantik dan banyak khasiatnya dan asli, insyaallah. Jika berminat sila call/sms sdra Hata. Maaf gambar tak berapa cantik. Dah jenuh nak fokus tapi tak dapat jugak katanya. Biasala tu....