Friday, September 23, 2011

Batu delima asli (special request)SATU DARINYA DAH DITEBUS SAHABAT DARI KELANTAN>





Pada asalnya kami tidak mahu memaharkan batu delima ini, tapi disebabkan oleh permintaan yang banyak melalui telefon dan email yang kami terima ingin menebus barang ni. Setelah agak lama juga dipertimbangkan kami akhirnya dengan berat hati bersetuju untuk melepaskan batu delima ini dengan maharnya RM4500.00 satu. Memang agak mahal tapi barang memang cantik. Datangnya sepasang. Kalau tak ada yang nak menebus pun kami buat pakaian perhiasan diri. Hehe... Boleh nego lagi. Tapi sikit saja tau....

Minyak Pengasih Burung Cenderawasih.


Minyak pengasih dari bulu burung cenderawasih. Nampak pun bulunya. Kugunaannya paham paham la... Ampuh minyak ni, insyaallah. Tapi gunakanlah untuk kebaikan. Kalau berminat maharnya RM800. Tapi sebelum tu kena interview sikit dulu. Nak tau biodata sikit.... hehe. Nak buatnya pun kena ambik masa sikit. Lebih kurang 10 hari kot. Dibuat dan diolah oleh seorang guru kami di negeri kelantan. Jika bermina sila call/sms sdra Hata.

Monday, September 19, 2011

Pakej Istimewa !!!!!!


Untuk peminat barak mistik sekalian. Kami ingin menjual koleksi ini semuanya sekali untuk memberi laluan kepada beberapa barangan lain yang kami ingin menebus nanti. Jadi tawaran ini adalah untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Siapa cepat dia dapat. Maharnya pun sangat sangatlah berpatutan. Janganlah nego nego lagi dah.... hehe. Dah murah giler tu. Barangnya ialah tanduk kijang putih, geliga lebah, sepasang buluh perindu puteri bunian ori jantan betina (bukan satu je...), geliga mengkarung, alquran lama kecil, kulit kerbau landau, kulit harimau, geliga anai anai. Tawaran adalah untuk jangkamasa terhad sahaja. Insyaallah ori. Sebahagiannya adalah koleksi peribadi kami. Mana nak dapat 8 barang dengan mahar yang murah macam ni... jangan tunggu lagi dan jangan nego lagi. RM1500 saja. Jika berminat call/sms sdra Hata

Tasbih Kayu Kukang



Diperolehi dari seorang otai di negeri kelantan. Menurutnya dah berpuluh tahun beliau mengguna tasbih tersebut. Katanya usia tasbih tu mungkin ratusan tahum sebab beliau pun memperolehi dari seorang otai jugak masa dia muda remaja dulu... wallahu. Barang memang cantik. Sebenarnya kami pun tak pernah lagi dengar jenis kayu ni..hehe. Mungkin ada antara pengunjung blog yang dah biasa dengan jenisnya. Ape ape, call/sms je sdra Hata.

Badik .


Pemberian dari alam sebelah. Asalnya kepunyaan seorang tua dari sebuah daerah di kelantan yang kemudiannya dilepaskan kepada kami. Boleh tahan auranya dan Mempunyai berbagai khasiat, insyaallah. Insyaallah asli. Dah banyak kali try ambik gambarnya tapi susah sangat nak dapat yang clear. Maaf kalau tak berapa nampak. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.

Kulit Harimau Belang Dan Kucing Hutan.


Insyaallah asli. Mantap beb.... Peminat peminat kulit kami rasa dah sedia tahu akan kegunaannya. Semuanya dengan izin Allah. Jika berminat sila call sdra Hata.

Gambar Seorang Wali Allah


Ini adalah koleksi peribadi. Gambar seorang wali Allah yang agak terkenal di negeri Kelantan. Siapa la nama nya.....