Tujuan blog ini ialah untuk kita sama-sama melihat keagungan ciptaan Allah Taala yang mana segala ciptaanNya taklah sia-sia. Segala keistimewaan, khasiat adalah dari Allah. Jangan kita terlalu mengagungkan dan taksubkan ciptaanNya. Sebaliknya kita agungkanlah Dia, pohon, minta lah padaNya. Allah yang maha Berkuasa. Tiada yang lain dariNya. email : joelabu1234@yahoo.com Hata TEL dan 0183274653
Monday, February 27, 2012
Minyak Misik
Minyak misik hitam yang sering digunakan untuk penjagaan barang barang mistik. Kami pun guna minyak ni jugak... Dikatakan mempunyai kelebihan lebih kurang zafaran tetapi dengan mahar yang amat jauh bezanya dengan zafaran. Kalau yang dijual dikedai kebanyakannya agak cair. Yang ni memang pekat. Kalau dah lama letak tu, akan ada rasa melekit sikit dipermukaan yang disapu. Memang pekat. Baunya pun sedap. Diperolehi oleh seorang sahabat kami terus dari arab. Hargapun berpatutan cuma RM80 saja. Kalau beli lebih boleh diskaun katanya.
Cincin Pertapaan
Wednesday, February 22, 2012
Kol Buntet / Keong Buntet (Koleksi Peribadi)
Koleksi peribadi. Hanya untuk berkongsi dengan para pengunjung dan bukan untuk dimahar. Dah lama mencari yang macam ni, baru la dapat...hehe. Kalau nak bandingkan boleh tengok dalam blog blog indon. Kat sana memang top barang ni. Jangan lupa tengok harganya sekali..hehe. Memang mahal maharnya. Kat barang ni pun kalau diamati betul betul macam macam kalimah yang timbul. Kalau dengan mata kasar lagi la banyak nampak. Wallahu...
Minyak Bulu Perindu (Koleksi Peribadi)
Saje nak berkong dengan para pengunjung semua. Koleksi peribadi dan bukan untuk dimaharkan. Minyak nye pun sikit je. Cukup cukup utk basahkan kapas dalam tu je. Diperolehi dengan cara yang tak kdapat kami beritahu. Rahsia...hehehe. Bukan kami buat sendiri. Kami bukan lah cerdik pandai dalam bidang minyak minyak pengasih ni.
Mahar Murah / Borong
Kami ingin memaharkan beberapa koleksi mistik untuk yang berminat secara borong. Kalu nak ikutkan memang teramat murah. Mana nak dapat 10 barang dengan mahar hanya RM1500.00. Jangan la mintak murah lagi yeop..... Ni dah kira tersangat murah dah ni. Barangnya:
2 pasang geliga lipan - 4 biji
sepasang delima buah - 2 biji
besi kuning - 1 biji
kulit harimau - 1
kulit kerbau landau - 1
minyak hikmah bunian - 1
Ada antara barang barang ni yang dah dimasukkan dalam posting sebelumm ni. Kalau nak satu satu tak dapat la mahar murah macam ni. untuk semua sekali ye....
Nak clearkan stok untuk kemasukan barang baru. Insyaallah asli. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.
Thursday, February 16, 2012
Cincin Kayu Tongkat Nabi Musa.
Sambungan dari entry yg lepas. Dikatakan kayu yang sama spesisnya dengan kayu tongkat nabi musa. Ada auranya kayu ni. Bukan kayu kosong je. Kami telah canai kayu tersebut dan dibuat pemata cincin. Kayu nya jadi sedikit kehitaman disebabkan masa bentuk permata tu, ianya telah digosok untuk melicinkannya. Lihatlah urat urat kayunya yang rapat. Sekali tengok dalam gambar macam nibung pun ada. Tapi bila lihat dengan mata kasar, anda akan tahu perbezaannya. Kami hanya dapat membuat 5 permata sahaja dari kayu yang kami perolehi. Tiga dah ditebus. Yang tinggal hanya dua sahaja. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.
Wednesday, February 15, 2012
Geliga Lipan.
Geliga lipan hasil permohonan oleh seorang sahabat. Dua pasang semuanya. Mempunyai aura menyengat yang kuat. Barang cantik. Usianya juga agak matang jika dilihat dari segi warnanya. Kini beliau ingin memaharkan kepada yang berminat. Asli, insyaallah. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.
Perhatian : Ini bukan geliga lipan tembus pandang, tetapi dengan izin Allah jika ianya rezeki anda sebagai ownernya, siapa tahu..... hehe. Jadi untuk semua broker broker di luar sana, janganlah membuang masa anda untuk bertanyakan mengenai khasiat tembus pandang ni. Bagi peminat geliga lipan yang betul betul, sila lah talipon kami, jangan segan segan.
Batu delima Buah.
Minyak hikmat bunian
Delima Puteri
Thursday, February 9, 2012
Geliga Embun Keras
Wednesday, February 8, 2012
Besi Kursani Dari Alam Ghaib.
Besi Kuning Dari Perut Bumi
Nagasari Tiada Lok.
Delima Dari Dalam Buah.
Diperolehi dalam buah delima sendiri oleh seorang makcik tua. Memang aneh. Selalunya kalau dalam buah delima ni, saiznya tak la besar mana. Tapi yang ni agak besar. Kalau nak buat cincin memang ngam... Uniknya tentang batu delima ni, warnanya kadang kadang bertukar tukar gelap terang dan biasannya terhadap cahaya pun bertukar tukar. Memang lain pada yang lain. Insyaallah asli. Makcik tersebut ingin memaharnya kepada yang berkenan. Jika berminat sila call/sms sdra Hata.
Subscribe to:
Posts (Atom)