Tuesday, February 11, 2014

Pengumuman.

Disini kami ingin memaklumkan kepada kolektor kolektor tentang cara kami mengendalikan blog dan perniagaan kami. Sudah berkali kali kami menyatakan tentang pendirian kami ini di dalam blog mahupun melalui panggilan telefon mengenai nya namun masih banyak yang tidak faham kerana kami masih lagi menerima banyak panggilan mengenai nya.............................................. 1. Pihak kami tidak akan melayan pembeli yang beli dari orang lain tetapi lepas tu merujuk pada kami kesahihan dan khasiat barang yang dimilikinya. Jika anda beli dari orng tersebut, bertanya lah kepada dia, bukan kami. Kenapa sebelum membeli anda percaya cerita cerita manis dari dia mengenai khasiat la, itu ini, macam macam lagi. Lepas beli jadi tak percaya pulak ? Kami tidak akan lagi melayan panggilan panggilan sebegini............................................. 2. Indera sakti adalah perniagaan alam maya internet dan kami tidak mempunyai kedai. Jika anda nak datang tengok barang barang kami minta maaf, memamg tak dapat. Jika anda yakin, anda tebus. Jika anda tak yakin, memang banyak lagi blog blog di luar sana yang anda boleh dapatkan barang yang anda hajati. Hak membeli di tangan anda, dan itu adalah hak anda. Barangan kami ada yang biasa, ada yang rare dan kami tidak akan sekali kali mengatakan bahawa ianya terlampau rare hinggakan orang lain ataupun blog lain tak akan ada menjualnya. Kami bukan lah hebat sangat sampai macam tu sekali, sebab ada yang lebih hebat lagi. Kami tak riak... Sebab Allah Taala yang maha berkuasa. Silap silap yang terjual di kaki lima tu lebih baik dan cantik dari yang kami jual, kuasa Allah apa pun boleh jadi.......................................................... 3. Yang paling banyak bertanya berkenaan kelas ilmu mistik. Itu bukan cara kami.......................................................... 4. Kami juga ingin mengigatkan diri kami dan juga anda bahawa jangan sekali kali terlalu taksub akan barangan mistik termasuk barang kami ataupun orang tertentu yang dikatakan mempunyai kelebihan kelebihan. Taksublah kepada Allah. Kita ni semua makhluk Nya, hamba Nya............................................. Kami harap anda semua memahami mesej kami ini dan harap harap tidak ada lagi panggilan bertanyakan sedemikian. Komen komen di atas adalah untuk menyedarkam kami sendiri betapa besarnya kuasa Allah. Kita ni cuma makhluk Nya yang kerdil.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.