Kami ingin memberi satu peringatan / pesanan bagi kesemua pengunjung dan pelanggan blog ini.
1) Kesemua barangan dalam blog kami maharnya adalah RM100 ke atas. Ada juga yang minta harga hingga
RM20 satu. Pesanan kami anda cari lah di tempat tempat lain jika anda ingin tawar menawar sampai
sebegitu. Kalau nak batu biasa memang boleh dapat. Tapi kalau anda nakkan batu geliga, minta maaf.
Kalau nak ikutkan kami boleh beritahu anda yang ianya geliga (tapi batu akik biasa) dan memaharkan
dengan harga yang anda minta. Tapi itu bukan style kami.
2) Sila jangan bandingkan barang kami dengan harga barangan di tempat lain ataupun kaki lima. Kadang
kadang kadang emang ada spy spy tertentu yang call membandingkan ini dan itu la, kami dah tengok dan
tau siapa mereka... biarlah, tak ada masa nak melayan karenah karenah macam tu. Memang banyak
soalan yang ditanya oleh spy biol ni. Biasa la, dah nama pun spy. Ingat dia kami tak tahu kot.... hehe.
Yang tak sedapnya, ada niat nak menjatuhkan orang lain. Melayu ulu banat, PHD nya power.
3) Sila jangan tanya lebih lebih sangat tentang keindahan sesuatu barang tu. Yang kami nampak sekarang ni
ramai yang dah tersilap langkah sebab terlebih percaya pada barang, bukan tuhan. Lagi pun ianya tengok
keserasian bukan mesti jadi yeop... Yang lebih penting sekali kena yakin semuanya tu makhluk tuhan.
Kelebihan yang ada pada barang tu dari Allah. Dia yang cipta semuanya tu. Jangan taksub sangat yeop.
4) Akhir sekali, yang jenis kaki proses ni, tak perlu lah anda hubungi kami. Dak naik berbuih mulut kami
beritahu, carilah orang lain kalau nak buat. Ataupun yang lebih afdal, kalau nak duit lebih, kerja lebih....
Gunakan sepenuhnya khadam untuk dapatkan duit lebih tu. Siapa khadamnya ??? Kita sendiri lah, kalau
usaha lebih, insyaallah hasil pun dapat lebih. Bukan cara nak proses proses...... Ada beberapa pemanggil
yang telah kami blok disebabkan cara yang terlebih lebih (mungkin mereka ni juga telah di blok oleh
beberapa blog lain).
Terima kasih kepada yang telah selama ini menyokong kami.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.