Monday, June 2, 2014

SEKALI LAGI...MINTA PERHATIAN !!!!


Kepada yang tidak membaca ataupun dah baca tapi masih belum lagi faham kenyataan yang kami buat sebelumni, sila fahamkan betul betul.

  • Masih ada kami terima panggilan panggilan bertanyakan tentang nak proses barang la... nak tarik duit la... Dah tak tahu nak kata macam mana dah. Kami memang tak buat benda benda tu !!!! Cari orang lain yang sanggup nak buat. Kami bukanlah agen yang dilantik mana mana pihak berkuasa (ade ke pun??) untuk mengambil duit dari dana dana orang tak zakat ke, ape ke, dana alam ghaib ke..... dan lain ain. SILA AMBIL PERHATIAN. Kami harap tak ada lagi panggilan panggilan mengenai hal tersebut. Dan telah kami beritahu dalam ulasan kami sebelum ni, kalau nak duit lebih, kerja lah lebih. Itu prinsip kami.
  • Anda ada dapat barang dari alam ghaib, rezeki anda la tu. Simpan lah ia baik baik. Tak perlu untuk diberitahu atau tanya pada kami. Cari lah orang pandai dan jumpa face to face dengan dia, tunjuk barang tu dan tanya. Itu pun kalau dia sudi nak jawab. Jangan main melalui telefon je. Kalau nak suruh scan barang anda, elok bertanyakan pada yang lebih arif dari kami. Tak perlu call kami.
  • Ni ada lagi satu ragam pulak, bukan semua customer tapi segelintir sahaja. Bila tanya barang tu memang beria ia sekali. Macam macam la ditanya, memang berminat sungguh, mintak diskaun la, kami memang tak kesah dah nama pun adat membeli. Tapi yang letihnya, bila dah confirm semuanya, kena tunggu gaji hujung bulan pulak.... Bila sampai hujung bulan, senyap tak dengar berita pun. Kami pulak dah siap reserve kan barang tu untuk dia. Selepas ni anda tidak akan dilayan sama sekali walaupun anda betul betul nak sesuatu barang tu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.