Tujuan blog ini ialah untuk kita sama-sama melihat keagungan ciptaan Allah Taala yang mana segala ciptaanNya taklah sia-sia. Segala keistimewaan, khasiat adalah dari Allah. Jangan kita terlalu mengagungkan dan taksubkan ciptaanNya. Sebaliknya kita agungkanlah Dia, pohon, minta lah padaNya. Allah yang maha Berkuasa. Tiada yang lain dariNya. email : joelabu1234@yahoo.com Hata TEL dan 0183274653
Monday, December 28, 2009
Geliga Burung Merbuk Dah Ditebus.
Diperolehi oleh bapa mertua salah seorang pengasas blog ini 2 minggu lepas. Bapa mertua pengasas yang juga otai dalam bidang batu dan geliga, juga seorang peminat burung. Beliau ada membela burung merbuk yang ditangkapnya dihutan. Dalam sangkar yang sebesar 5' x 5' x 5' itu juga terdapat sarang burung tersebut. Satu hari seperi biasa beliau masuk ke hutan memikat burung. Apabila pulang beliau terkejut bila mendapati dalam sarang burung merbuk beliau ada terdapat seketul batu yang bentuknya lebih lonjong dari telur burung. Ianya bukan telur, tetapi geliga. Semuanya kuasa Allah.... Geliga ini mempunyai aura yang sejuk, berurat urat. Cantik. Ingin Dimaharkan dengan harga RM3,000.00.
email : joelabu1234@yahoo.com
Koleksi Geliga dan Buntat Serai DAh Ditebus.
Ini adalah koleksi geliga dan buntat serai terbaru yang kami perolehi kepunyaan seorang sahabat yang memang arif tentang batu serai dan ingin memaharnya. Alkisahnya, sahabat ini telah diberitahu oleh seseorang yang serainya berbunga dan ingin mengupahnya untuk mengambil batu serai. Kami juga dijemput sekali. Setelah proses penarikan dibuat tidak ada batu serai biasa pun yang didapati sebaliknya buntat serai yg seperti di gambar sebanyak 12 biji. Tuan punya pokok tersebut tidak tahu tidak berminat tentang buntat ini dan memberikan pada sahabat tersebut...hehehe. Rezeki tu. Memang dia sendiri pun dalam pengalamannya menarik batu serai, tak pernah jumpa dengan buntat serai yang sebegini.
Kami juga ada bertanya pendapat dari sahabat sahabat, ada yang mengatakan ianya geliga lipan, ada yang mengatakan geliga embun dan macam macam lagi. Tapi pada kami ianya buntat serai kerana didapati dari pokok serai. Tidak tergamak kami untuk mengatakan yang ianya geliga lipan, kalau geliga lipan boleh dimahar dengan harga yang lebih tinggi. Itu bukan cara kami. Tapi kalau diamati memang warna dan sifat nya lebih kepada geliga lipan. Wallahu.....
Untuk dimahar bersama sepasang geliga serai putih kekuningan kehijauan yang bentuknya juga unik. Atas bawah tajam. Sahabat tersebut tidak akan memaharkan buntat serai sebiji sebiji kerana ikut katanya, kalau datang sekali tu, eloklah dimaharkan sekali juga. Wallahu.. Maharnya RM3,000.00 Kalau betul minat, boleh runding ...
email : joelabu1234@yahoo.com
Tuesday, December 15, 2009
Geliga Semut Dah Ditebus.
Diperolehi secara mistik oleh salah seorang pengasas blog ini. Datangnya memang sepasang dan ampuh. Insyaallah asli. Sila datang sendiri dan lihat keampuhannya. Maharnya RM1500.00 sebiji. Untuk sepasang RM3,000.00. Kepada yang betul betul berminat, tawaran yang asli dan ikhlas akan dipertimbangkan.
Yang sebiji ni pula asalnya kepunyaan pakcik pengasas blog ini yang mana beliau telah agak lama menyimpan dan kini ingin memaharnya. Ampuh. Maharnya RM1500.00. Kalau betul betul berminat , boleh runding. Janji ikhlas dan pembeli asli.
email : joelabu1234@yahoo.com
Monday, December 14, 2009
kitab lama.
Kepunyaan datuk kepada seorang sahabat saya. Kitab lama yang helaiannya kalu tak silap macam emas. Wallahu.... Nak kata tembaga, takkan berkilat sampai macam tu. Isi kandungannya berupa ayat2 alquran. Saya ingat nak photostat, tapi dia tak bagi...hehe. memang tersangat rare kitab yang macam ni. Bukan untuk dimahar, untuk jamu mata sahaja... Dikotaknya ada dua cop mohor.
email : joelabu1234@yahoo.com
Golok Gurkha (Kukri) DAH DITEBUS
Kukri ini saya perolehi dari koleksi arwah datuk saya. Rasanya usia kukri ini lebih dari 50 tahun. Sebenarnya ada 2 lagi pisau kecil (anak) yang sama bentuk dengan kukri ini tetapi sya terlupa nak ambilnya sekali. Insyaallah akan diambil nanti. Hulunya adalah daripada tanduk kerbau manakala sarungnya daripada kulit. (Dah habis kena makan anai anai)
Besinya memanglah jenis besi yang baik. Setelah berpuluh tahun tersimpan tak ada karat pun. Amat padat dan berat besinya. Sampai lenguh tangan mengasahnya baru tajam. Ditapak hulunya pula lambang askar gurkha (tak pasti samaada harimau atau singa).
email : joelabu1234@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)