Tujuan blog ini ialah untuk kita sama-sama melihat keagungan ciptaan Allah Taala yang mana segala ciptaanNya taklah sia-sia. Segala keistimewaan, khasiat adalah dari Allah. Jangan kita terlalu mengagungkan dan taksubkan ciptaanNya. Sebaliknya kita agungkanlah Dia, pohon, minta lah padaNya. Allah yang maha Berkuasa. Tiada yang lain dariNya. email : joelabu1234@yahoo.com Hata TEL dan 0183274653
Monday, December 28, 2009
Koleksi Geliga dan Buntat Serai DAh Ditebus.
Ini adalah koleksi geliga dan buntat serai terbaru yang kami perolehi kepunyaan seorang sahabat yang memang arif tentang batu serai dan ingin memaharnya. Alkisahnya, sahabat ini telah diberitahu oleh seseorang yang serainya berbunga dan ingin mengupahnya untuk mengambil batu serai. Kami juga dijemput sekali. Setelah proses penarikan dibuat tidak ada batu serai biasa pun yang didapati sebaliknya buntat serai yg seperti di gambar sebanyak 12 biji. Tuan punya pokok tersebut tidak tahu tidak berminat tentang buntat ini dan memberikan pada sahabat tersebut...hehehe. Rezeki tu. Memang dia sendiri pun dalam pengalamannya menarik batu serai, tak pernah jumpa dengan buntat serai yang sebegini.
Kami juga ada bertanya pendapat dari sahabat sahabat, ada yang mengatakan ianya geliga lipan, ada yang mengatakan geliga embun dan macam macam lagi. Tapi pada kami ianya buntat serai kerana didapati dari pokok serai. Tidak tergamak kami untuk mengatakan yang ianya geliga lipan, kalau geliga lipan boleh dimahar dengan harga yang lebih tinggi. Itu bukan cara kami. Tapi kalau diamati memang warna dan sifat nya lebih kepada geliga lipan. Wallahu.....
Untuk dimahar bersama sepasang geliga serai putih kekuningan kehijauan yang bentuknya juga unik. Atas bawah tajam. Sahabat tersebut tidak akan memaharkan buntat serai sebiji sebiji kerana ikut katanya, kalau datang sekali tu, eloklah dimaharkan sekali juga. Wallahu.. Maharnya RM3,000.00 Kalau betul minat, boleh runding ...
email : joelabu1234@yahoo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.